Sunday 23 December 2012

Kali ini mama nak perkenalkan satu produk minuman kesihatan berasaskan gabungan 3 jenis buah-buahan yang kaya dengan antioksidan....Pernah tak dengar  nama Acai Berry......Dikhabarkan buah ini hanya tumbuh subur di Hutan Amazon.makanan oorang Asli, tetapi telah di naik taraf menjadi salah satu makanan /minuman masyarakat dunia yang menitikberatkan hal-ehwal yang berkaitan dengan kesihatan.Tetapi jangan pula tersalah ambil atau beli produk yang berasaskan Acai Berry ni .... kerana sekarang di pasaran terlalu banyak produk -produk yang berasaskan Acai Berry ni yang di gabungkan dengan pelbagai herba yang khabarnya mampu menurukan berat badan seseorang....Jadi berhati-hati.....
Mama adalah stokist berdaftar yang beroperasi di daerah kukup dan kawasan-kawasan yang berhampiran.....yang jauh pun boleh diurusan dengan pertolongan Pos laju atu Skynet...Cara nak b erurusan dengan Mama ni mudah je..... pertamakali   email produk-produk yang berkenan yang di pilih....kemudian mama akan balas  maklumat tentang produk dan harga serta kos penghantaran... Masukkan bayaran ke dalam account Mama, sms mama  detail pembayaran.... 2-3 hari pesanan produk sampai di depan pintu rumah.... senang kan????? Tak perlu pusing-pusing cari tempat parking ....

Ini lah gambar buah Acai Berry yang kaya dengan pelbagai khasiat dan menjadi amalan pelbagai bangsa di dunia.






Sekotak Hayat Acai Berry mengandungi 10 ml jus X 10 botol yang berharga Rm 39.00.



Penghantaran percuma untuk pembelian melebihi 4 kotak.Mama ada seorang pembeli yang tinggal di Peradin,Kenalan merangkap pelanggan ni mama kenal sewaktu menghantar anak bujang mama membuat rawatan gigi di klinik Pergigian Serkat.Namanya Kak Seni berusia awal 50-an,Kak Seni ni sangat aktif,berniaga makanan ,mungkin kerana terlalu penat dan sibuk dengan urusan seharian membuat Kak seni sering tidak sihat dan keluar masuk hospital adalah perkara biasa. Pertama kali Kak Seni mencuba  sekotak HAB,dia rasa ada sedikit perubahan, oleh kerana waktu tu virus mengenai bahayanya pengambilan produk berasaskan Acai berry yang dikatakan mengandungi racun yang membunuh pengamalnya secara senyap sedang bertiup kencang,menjadikan Kak Seni terkedu dan menghentikan pengambilan Hayat Acai Berry,tambahan pula ada seorang agen jualan langsung yang beria-ia mengatakan produk yang Mama jual ni merbahaya dan boleh membawa maut dan mengesyorkan life-enzyme..... tapi kalau produk memang terbaik dan halal apalah sangat dengan dakyah dan fitnah kan.... akhirnya Kak Seni tetap setia dengan HAB dan akan senantiasa menghubungi Mama bila stok habis.....Sebab tu lah Mama suka jikalau kenalan mama yang kurang sihat atau yang sedang diduga dengan penyakit ni mengamalkan minuman jus Hayat Acai Berry,selain dari rasanya yang sedap,murah dan mudah di dapati serta memperolehi sijil HALAL dan berdaftar dengan KKM,dan satu lagi ,semua stokist Hayat Acai Berry ni mesra pelanggan.....







Saturday 3 November 2012

Jamu Mandara/ Set Bersalin Mandara

Kali ini Mama nak berkongsi tentang khasiat pemakanan Jamu atau herba-herba yang kaya dengan seribu satu macam khasiat dan amat bermanfaat kepada tubuh badan bukan sahaja kaum wanita bahkan juga kepada kaum lelaki.... Pengalaman mama sendiri mengamalka pemakanan jamu mandara ni ialah selepas bersalin anak kedua.... Sebab apa mama pilih jamu Mandara ni... ha selain harganya mampu di beli,ianya juga berdaftar dengan KKM.... Berbaloi-baloi....le.. ha mesti cuba ye... Jamu Mandara ni terdiri dari Mandara 1,Mandara 2 dan Set bersalin Mandara...Mama jelaskan sedikit... Jamu Mandara 1 ni khasiatnya ialah;
1) Melegakan kepenatan fizikal.
2)Melegakan keputihan.
3)Melegakan senguggut.
4)Melancarkan perjalanan Haid.


Jamu Mandara 2 pula berkhasiat sebagai;
1)Membantu mengurangkan berat badan berlebihan
2)Membantu membuang angin dalam tubuh badan..
3)Membantu penghadaman/sembelit ringan.

Harga sebotol Rm 35.00/ 60 kapsul.
Cara pengambilan sehari 2 kapsul pagi dan malam sebelum makan.
Disarankan melakukan sedikit senaman ringan dan meminum banyak air masak bagi memudahkan pembuangan toksin dari tubuh...

                  Set Bersalin Mandara... mengandungi Jamu Mandara 1,Jamu Mandara 2,Minyak Angin Mandara,Boreh Mandara,Air Florida Akar Kayu Mandara dan Barut.
Harga Rm 150.00/Rm 120.00 tanpa Barut.




Jamu Mandara 1 dan Jamu Mandara 2.





Kopi Spyhru.

Antara minuman pilihan mama sekeluarga... Spyhru...Kopi pracampur Susu Kambing dan Sprulina.
Rasanya boleh tahan jika di minum panas...Jika inginkan kelainan boleh di kisar kan bersama ketulan ais... 2 paket kopi spyhru campur dengan secawan ketulan ais dan tambah sedikit air sejuk...Rahsianya.. jika minum kopi ni untuk perjalanan atau pemanduan jarak jauh sangat di galakkan.. sebab mama dan abah dah cuba... bila nak balik kampung kat Johor tu... biasanya akan memandu antara 4-5 jam... tu tak kira jem lagi....Kami minum kopi ni secawan sebelum keluar rumah dan bawa sekotak sebagai bekalan... pendek kata mama tak pernah putus lagi stok Hi-goat ni sebab permintaan senantiasa ada...Jika di minum waktu pagi sebelum sarapan...insyaallah mampu bertahan hinga makan tengahari....baik untuk mereka yang berdiet...
Mama cerita sedikit akan khasiat kopi Spyhru ni ya ;
Khasiat Spirulina -merupakan minuman/makanan kesihatan yang semulajadi dan lengkap,penting untuk pembentukkan enzim,hormon dan antibodi,membantu membersihkan darah dan membuang toksin dalam tubuh.
-Menguatkan sistem imunisasi badan,jantung dan menurunkan kadar kolesterol,membersihkan perut serta meningkatkan kelancaran sistem usus dan penghadaman.
-Mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan yang berasid.Sesuai untuk semua golongan umur ,wanita mengandung ,mereka yang sihat atau sedang sakit.
Khasiat Susu Kambing;
-Kaya Protein,mineral,enzim dan mengandungi antioksidan ,anti arthritis serta anti kanser.
-Membantu membentuk tulang,gigi dan tisu-tisu badan supaya lebih sihat dan kuat.
Sesuai untuk mereka yang alah pada susu lembu,bersifat alkali,menguatkan daya kepekaan dan penumpuan.
-Mudah di hadam kerana saiz molekul lebih halus.
Kandungan kopi;-Tepung susu kambing,Krimer bukan tenusu,Gula, Kopi Segera,Koko dan Spirulina.
Rm22.00/ Rm 26.00 (SS).

Jika ada yang ingin membeli atau ingin menjadi ahli... hanya bermodalkan rm 60.00 sahaja termasuk postage....maksud mama ahli akan menerima sekotak Hi-Goat berharga Rm 36.60,Stater kit yang berharga semuanya Rm 50.00 dan penghantaran Rm 10.00.Kalau tak nak berniaga ,guna sendiri aje.... klu berniaga ada keuntungan tunai, jika guna sendiri ada untuk pengurangan harga....
Mama tak nak citer lelebih.. kot nanti orang kata temberang...Cuba dulu baru tau.... dah tau nak selalu....insyaallah mama akan update banyak lagi produk Hr yang tak kurang hebatnya....insyaallah.

Friday 2 November 2012

Hi-Goat

Assalamualaikum....salam satu Malaysia.... di sini Mama Ain ingin berkongsi serba sedikit tentang pemakanan kesihatan yang Mama Ain dan keluarga amalkan.Pernah dengar mengenai Hi-Goat..... susu kambing..... mama ni sebenarnye tidak berapa suka dengan susu tepung.... Bila mama di sahkan hamil selepas 13 tahun menunggu... mama cuma minum susu Anmum... itupun campur dengan milo...tak boleh nak telan terasa-rasa bau lembunya... sepeket kecil tu tahan le sebulan....dah tu nak buat camana ya... tekak tak boleh terima.Lepas tu mama tukar kepada Biodex supreme pulak... habis le 3 kotak..... lama-lama tekak tak boleh terima... minum milo sahaja... Ambil kurma sebagai makanan tambahan.... Hingga lah mama selamat melahirkan... Alhamdulillah mama dapat baby boy....berat 3.8 kg....Memang kuat menyusu.... terpaksa ambil semula susu ,kali ni ambil jenama Dumex.... kebetulan masa tu mama bekerja... anak pun bagi dupro/dugro hingga lah usia dia 3 tahun...Kali kedua mama disah kan hamil mama cuba minum Hi-goat, alhamdulillah boleh telan...kali ni mama tidak mengalami apa-apa alahan pun....tekanan darah pun stabil je,badan pu tak naik....Syukur sesangat....tk bnyk masalah.Sebulan habis le 4 kotak ....rm 36.60 X 4 ;Rm 146.40... mahal kan... mama sign-up utk dptkan diskaun...Tiba le hari untuk mama melahirkan... ikut scan baby kedua mama ni perempuan...Mama melahirkan kedua-dua bayi mama melalui pembedahan...jadi mama bawa sekotak susu semasa pendaftaran...Kali ni mama bawa Hi-Goat Premium-Campuran susu kambing, kurma dan madu...Rasanya boleh tahan le....
Mama minum sepeket sebelum tidur -jam 12.00 mlm adalah juadah terakhir...sebelum pembedahan, dan minum segelas air zam-zam...

  Alhamdulillah Hari Jumaat jam 10.04 am bersamaan 12 ramadhan /12 ogos 2011, mama selamat melahirkan baby girl seberat 3.6 kg.....Kali ini baby mama bersih dan berbadan tegap,rambutnya hitam lebat.... berbeza dgn abangnya.... biarpun kulitnya cerah tetapi rambut botak...Syukur sesangat... sakit pebedahan tidak terasa waktu itu...Hingga sekarang mama sekeluarga masih mengamalkan Hi-goat...Anak lelaki mama beri Hi-goat Cocoa untuk minuman setiap pagi .Rasanya kurang manis...alhamdulillah kesannya amat mengembirakan mama.Oleh kerana baby girl mama masih menyusu badan mama minum Hi-goat Premium pagi dan hi-goat biasa waktu malam.. tambahan pula mama dah pencen kerja....tetapi kerja dirumah tak terkira banyaknya.Apa yang mama rasa dengan pengambilan susu Hi-Goat ni anak-anak mama jarang  ke klinik... dulu waktu anak yang sulung boleh di katakan setiap minggu kena melabur di klinik dan setiap bulan mama kena cuti sebab pengasuh tak nak jaga anak yang sakit.... Anak yang kedua ni pulak setakat ini- umur 14 bulan, hanya pergi unuk imunisasi sahaja... .Kulit pun gebu dan sihat... nampak banyak perubahan.

Mama nak kongsi sedikit cerita sewaktu anak mama yang sulung kena demam panas... hampir 8 ,hari duduk kat wad hospital serdang,waktu tu Allah saje yang tahu ....di wad kanak-kanak ni mama banyak berkenalan dengan ibu-ibu dan  berkongsi maklumat tentang kesihatan anak-anak... Mama bercerita tentang hi-goat....kebetulan ada seorang ibu dari Seremban yang anaknya kena cirit-birit umur baru 7 bulan...bila minum susu je muntah.. mama beri sepeket hi-goat ntuk di cuba...petang tu bapa bayi tu datang kat katil mama dia tanya : Kak bagi apa kat baby saya?... Mama ingat dia nak marah... mama kata Hi-goat, Kenapa dik?...." ada lagi ke... saya nak sekotak..." kebetulan mama bawa dua kotak... rezeki dia mama pun berikat dia dgn harga ahli rm 30.00 sekotak,Malam tu datang dua orang ibu yang nak cuba hi-goat....tapi mama tak ada banyak ,boleh bagi 4 peket seorg dgn harga rm 10.00.Pastu mama call abah minta tolong hantar 5 kotak hi-goat...Alhamdulillah baby yang cirit birit tu dah pulih, minum 2 paket, dah ada kesan.....pastu mama semakin ramai kenalan dan mama pun terfikir untuk menjual.... ha-ha-ha... 7 hari di hospital mama dapat jual hampir 16 kotak hi-goat.... lepas duit rawatan anak....lepas tu mama pun ligat menjual dan adakalanya menaja,mama tak berapa suka menaja ,bukan apa nanti orang yang kita taja tu tak mau berdikari nak bergayut dengan kita....mama tak ada masa untuk tu buat masa sekarang....Bila pergi klinik untuk cuck anak dalam bonet kereta mama memang ada stok.... balik kampung ke ,jalan-jalan ke... Hi-goat memang ada. Sekarang ni mama jual pulak produk kesihatan untuk wanita seperti Cocoa Collagen Power Plus, Rumpai Laut,Jamu Mandara dan Mama juga Stokis Hayat Acai Berry. Produk yang mama jual ni semua mama dan keluarga dah cuba dan ternyata ada kesannya dan yang penting ianya berdaftar dengan KKM dan Halal serta harga yang berpatutan.

Mama nak kongsi pengalaman berniaga susu Hi-goat  ni... biar pun mama bukan taraf jutawan 
MLM...tetapi permintaan setiap minggu pasti ada... tiap bulan mesti ada order dari Parit Raja 5 papan Kopi Spyhru dan 4 kotak Hi-Goat, Searasi nampaknya... mama poskan sahaja... ada seorang pelanggan mama dari Klang yang suaminya mengidap penyakit hati beku... istilah sainsnya mama tak tahu... yang pasti suaminya tidak boleh memakan sembarangan.... cuma nasi dan air suam... lauk-pauk tak makan sebab masalah hati yang mengeras...saluran ke jantung tersumbat dan setiap bulan kena pergi ke Hospital Selayang... Menurut isterinya setiap minggu memang ada minum susu kambing segar... beli di ladang ternak... kiranya fresh le... 1 liter rm25.00. Nak baik punya hal tak kisah kan.. tapi katanya bau hamis kambing tu yang tak tahan... melekat...Hingga lah dia bertemu mama disebuah agency takaful..... permulaan dia beli 2 kotak nak cuba katanya... minggu ke tiga dia call mama suruh datang rumah kat Klang.... Mama pun set time.... angkut anak-anak pergi  sambil tu boleh bawa anak-anak makan angin.... fullamak jauhnya rumah dia..... tapi tak apa.. biarpun banyak kali sesat... akhirnya mama jumpa juga rumah nya... memang best le suasana persekitaran rumah kenalan mama tu.... banyak pokok-pokok... orang kata udara masih segar belum banyak pencemaran..... ada 3 orang lagi kengkawan dia yang sedang tunggu kedatangan mama.. ha... semua nak tahu mengenai Hi-Goat... sebab sang suami kenalan mama ni dah semakin sihat dah boleh panjat atap rumah dan satu lagi hasil dari pemeriksaan kesihatan di Hospital doktor mengesahkan urat ke jantung nya dah semakin pulih dan hatinya dalam kondisi yang baik....Alhamdulillah.... dengan izin Allah semua ini berlaku... jika Allah tak izinkan makan apa pun tak menjadi...Hari itu mama dapat 3 ahli baru... semuanya mama letak di bawah kendalian kenalan mama tu... hari tu yang mama paling seronok.. mama balik dengan bonet kosong dan keuntungan nya mama belanja anak-anak dan suami makan ..... semuga selepas ini rezeki mama terus ada ......Ada orang kata susu kambing ni panas dan tak sesuai untuk pesakit darah tinggi... sebenarnya tidak ya....ramai kenalan mama yang ada darah tinggi minum ..hasilnya alhamdulillah.... Insyaallah nanti mama kongsi kan lagi hasil testimoni pengguna Hi-Goat ni.